Langkah Pertama Kami...
Assalamualaikum warahmatullah :)
Bismillahirrohmanirrohim. Akhirnya... setelah selesai 'blog meeting' sejam lepas maka blog Vitamin4HealthyLife ini pun wujud. Laju kan? Orang kata benda baik jangan ditangguhkan...keke
Tujuan blog ini kami lahirkan adalah untuk berkongsi segala perkara tentang kesihatan keluarga dari tips-tips kesihatan, petua-petua orang tua, pantang larang dan sebagainya terutama bersama mereka yang 'health concerned' dan juga mereka yang seperti kami telah mula menitikberatkan penjagaan kesihatan keluarga kami.
Health is Wealth.
If you think wellness is expensive then try illness.
Dua petikan pepatah mat salleh di atas cukup membuatkan kami terfikir dan terbuka mata fikiran kami supaya sediakan payung sebelum hujan. Bukankah mencegah lebih baik daripada mengubati..cewah.
Ketika isteri saya kembali bekerja setelah berpantang selama 3 bulan, tahap kesihatan mula merudum. Keletihan menjadi sebahagian daripada diri. Oleh sebab isteri menyusukan dengan susu badan, pengeluaran susu juga menurun. Lalu, kami makin stress, sehinggalah Allah s.w.t menemukan kami dengan ESP daripada Shaklee. Nah! kehidupan kami berubah.. Kesihatan, pemikiran dan kehidupan kami menjadi lebih positif.. Syukur ALHAMDULILLAH.. TQ Allah!
Bermula dari situlah kami bertekad mahu berkongsi indahnya menjaga kesihatan dengan semua orang! That's why we, Nizatul Arif, Radhiah(wife), and Luqman Hady (our beautiful son) created Vitamin4HealthyLife.. yay!
Sekian,
Sihat, Cantik, Ceria

0 comments:
Post a Comment