Saturday, 23 November 2013

OBESITI DAN KITA

INI FAKTA BUKAN AUTA ::

Kajian Persatuan Diabetes Malaysia dan Majlis Pencegahan Obesiti tahun lalu mendapati jumlah penghidap kencing manis di Malaysia meningkat daripada 2.6 juta tahun lalu berdasarkan trend peningkatan 15 peratus setahun membabitkan individu berumur 30 tahun ke atas.


Ini menyebabkan Malaysia kemungkinan besar memiliki penghidap diabetes paling tinggi di Asia Tenggara dalam tempoh empat tahun apabila 3.6 juta rakyatnya menghidap penyakit kronik itu.

Perkara ini kelihatan tidak mustahil untuk berlaku kerana Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Nasional (NHSM) 2011 yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan tahun lalu menunjukkan satu daripada lima orang dewasa di negara ini menghidap kencing manis.
Hakikatnya statistik yang begitu merisaukan ini meletakkan Malaysia di tangga ke-10 di dunia dengan jumlah penghidap kencing manis teramai mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Tambahan pula mengikut Presiden Majlis Pencegahan Obesiti, Jong Koi Chong, Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara dengan pesakit kencing manis teramai pada 2017 dengan kedudukan keenam di Asia Pasifik dari segi obesiti.

Berisiko buta Hasil kajian Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan tiga universiti tempatan terhadap 53,000 penghidap kencing manis di seluruh negara pula sepatutnya lebih merisaukan kita. Kajian ini menunjukkan lebih 70 peratus penghidap kencing manis menghadapi risiko buta, strok, kegagalan jantung dan buah pinggang serta kudung kerana gagal mengawal paras gula dalam badan.

Kajian ini juga mendapati hanya 22.5 peratus responden lulus ujian HbA1c dengan mempunyai paras kawalan gula dalam darah kurang 6.5 peratus seperti ditetapkan WHO. Sebanyak 77.5 peratus responden yang diuji mempunyai paras kandungan gula melebihi tahap ditetapkan, sekali gus meningkatkan risiko komplikasi akibat penyakit kronik terbabit.
Apa yang jelas pendedahan pelbagai laporan dan statistik ini menunjukkan rakyat kita berhadapan dengan ancaman penyakit kronik yang cukup merisaukan. Jika tidak dicegah dengan segera maka boleh membawa kepada pelbagai komplikasi berbahaya kepada diri penghidapnya.

Pilih cara hidup sihat Ternyata gaya hidup rakyat kita menjadi punca utama kepada peningkatan statistik penghidap penyakit ini. Misalnya menurut pakar, kebutaan, kegagalan buah pinggang, gangren yang membawa kepada amputasi dan sakit jantung adalah komplikasi yang boleh dicegah dengan membuat pilihan lebih baik dan dengan amalan pemakanan seimbang.
Justeru, sudah tiba masanya untuk rakyat kita memikirkan secara serius hasil dapatan semua kajian dan pendedahan statistik yang menakutkan dan membimbangkan ini.

Perubahan bermula daripada diri setiap individu itu sendiri. Hal ini penting kerana pihak kerajaan dilihat sudah pun melakukan pelbagai inisiatif melalui kempen kesedaran dan gaya hidup sihat demi menyedarkan rakyat.

Maka pilihan sekarang di tangan kita sendiri. Adakah kita mampu berubah dan melakukan sedikit anjakan paradigma dalam gaya hidup kita ataupun terus menyumbang dan menjadi sebahagian daripada statistik yang dibentangkan itu? Hakikatnya kita perlu sedar bahawa sedikit perubahan dalam gaya hidup kita akan membawa perbezaan yang cukup besar dan signifikan kepada tahap kesihatan kita untuk tempoh masa panjang.

Misalnya, kita patut lebih banyak berjalan, guna tangga daripada lif dan elakkan makanan berlemak terutamanya pada waktu malam.

Dalam hal ini kita juga wajar melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala bagi mengesan sebarang perubahan dalam tahap kesihatan kita sepanjang masa. Hal ini penting kerana masih ramai tidak tahu yang mereka sebenarnya menghidap penyakit kronik ini kerana tidak melakukan pemeriksaan kesihatan. Akibatnya keadaan menjadi lebih kritikal dan membahayakan diri jika penyakit ini dikesan pada tahap sukar lagi untuk dicegah.

Penyakit ini andai dapat dikesan pada peringkat yang awal pasti kita dapat mengambil langkah pencegahan sewajarnya.

Tangani gaya pemakanan anak anda daripada peringkat awal :; "tepuk dada tanyalah akal"

Ringkasnya pilihan tetap di tangan kita. Perubahan gaya hidup meliputi kehidupan seharian serta amalan pemakanan yang seimbang boleh membantu kita menjauhi penyakit kronik ini. Paling tidak pun mampu membantu kita mengawalnya dengan segera.

Justeru, tiada salahnya andai kita mengurangkan sedikit jumlah pengambilan gula dalam makanan mahupun minuman seharian kita. Tiada salahnya andai kita rajin bersenam dan berjalan kaki serta tiada salahnya juga andai kita dapat memilih untuk naik tangga daripada menggunakan lif. Semoga kita dapat ambil iktibar daripada pendedahan statistik ini.

Penulis Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM, Serdang

OKEY.. sekian perkongsian fakta kali ini..


Bagi sebarang pertanyaan dan pembelian sila hubungi

Radhiah Mohd Dom
sms/Wapps 0177121392
mrsradhiahshaklee@gmail.com
COD : MUAR - KULAIJAYA (BANDAR PUTRA) -TAMPOI JB

0 comments:

Post a Comment