Friday, 22 November 2013

TIP DIET IBU YANG MENYUSUKAN ANAK.

Bismilahirahmanirahim...

Perkongsian kali ini agak berbeza kerana topik ni sangat saya cintai. Selama saya menjadi ibu dan menyusukan Luqman Hady sepenuhnya dengan susu ibu, saya sangat teruja untuk menggalakkan wanita, ibu-ibu di luar sana untuk menyusukan anak dengan susu ibu.. Indah sangat!

Apa yang penting bagi ibu untuk menyusukan anak? Ada banyak faktor... emosi, mental, persekitaran, kewangan, sokongan dan lain-lain. Apa yang saya nak kongsi kali ini adalah tentang pemakanan.. 

Kita anggap penyusuan badan sebagai motivasi berterusan untuk mengikuti diet yang sihat sepertimana yang anda ikuti semasa kehamilan. Fokus ke atas pengambilan bijiran penuh seperti nasi perang dan bijiran, buah-buahan dan sayur-sayuran segar dan makanan yang memberikan banyak protin, kalsium dan zat besi (dan seperti biasa, makanan ringan sekali-sekala adalah okay). 

Pilih snek yang berkhasiat seperti yogurt, kekacang dan kekeras, telur dan sandwic yang diperbuat daripada roti gandum penuh. Adalah baik jika anda menghadkan pengambilan makanan bergoreng dan juga makanan yang disediakan dengan minyak sapi dan santan kelapa. 

Dalam sesetengah komuniti, mungkin terdapat pantang terhadap sesetengah jenis makanan untuk bulan pertama atau 44 hari selepas kelahiran. Walau bagaimanapun, pakar-pakar tetap mengatakan bahawa anda tidak perlu menghadkan diet anda kecuali bayi anda menunjukkan tanda-tanda sensitif selepas menyusu. 




Berikut merupakan antara cadangan saya!


salmon
~~~~~
dikatakan sebagai salah satu makanan terbaik untuk ibu-ibu menyusu,salmon mengandungi kandungan DHA yang tinggi .baik untuk perkembangan sistem saraf anak anda.selain membantu anak anda mendapatkan DHA,salmon juga dikatakan dapat menstabilkan mood anda selepas bersalin .kajian juga mengatakan salmon memainkan peranan dalam menghalang penyakit psychiatry yang dikaitkan dengan perempuan bersalin iaitu "postpartum depression".


produk tenusu
~~~~~~~~~~
samaada anda sukakan yogurt,susu atau keju,produk tenusu adalah sebahagian daripada diet sihat yang wajib untuk ibu menyusu.selain membekalkan protein,vitamin B,vitamin D,produk tenusu diketahui sebagai sumber calsium utama yang sangat yang sangat penting untuk perkembangan tulang anak anda.sekiranya sumber kalsium anda tidak mencukupi calsium dalam tulang anda akan diambil untuk menghasilkan susu badan anda.jadi teramat penting untuk anda menggantikan kalsium yang hilang melalui susu badan anda.minumm sekurang-kurangnya 3 gelas susu setiap hari.


lean beef
~~~~~~
sekiranya anda mencari makanan untuk mempertingkatkan tenaga anda serta kaya dengan zat besi maka pilihan yang baik adalah lean beef.juga kaya dengan protien dan vitamin B12,lean beef akan memastikan tubuh badan anda sentiasa mendapat tenaga dan protein secukupnya bagi anda dan bayi anda.maka anda dapat menyusukan anak anda dengan lebih bertenaga dan bersemangat.


kekacang
~~~~~~~
kacang terutamanya yang berwarna gelap seperti black beans dan kidney beans adalah sumber makanan yang sangat baik untuk ibu-ibu menyusu.bukan shj kaya zat besi ,kacang ini juga adalah sumber protien bukan daripada haiwan yang murah dan senang didapati.

Blueberries
~~~~~~~~
para ibu yang menyusu anak perlu memastikan mereka mengambil satu atau dua hidangan buah-buahan atau just setiap hari.blueberris,antioxidant adalah pilihan yang sempurna bagi mereka yang sedang berpantang dan sedang menyusukan anak .kaya dengan vitamins dan mineral,blueberris juga membekalkan tenaga kepada penggemarnya.


beras perang
~~~~~~~~~
sekiranya anda ingin menurunkan berat badan anda selepas bersalin dengan cepat ,beras perang pilihan yang bijak.di samping dapat menurunkan berat badan beras perang juga dapat membekalkan tenaga berpanjangan kepada anda.tetapi ingat kepada ibu-ibu yang bersemangat untuk menurunkan berat badan anda supaya tidak terlalu cepat  kerana dikhuatiri akan menjejaskan produksi susu badan anda serta menjejaskan kesihatan anda dan menyebabkan anda letih sepanjang hari.

buah oren
~~~~~~~
oren adalah buah pilihan yang sangat bertepatan dengan keadaan anda sebagai ibu yang baru melahirkan anak.bahkan ibu yang menyusukan anak mereka memerlukan vitamin c yang lebih tinggi daripada berbanding ibu yang sedang mengandung.oren adalah sumber vitamin c yang mudah dibawa ke mana-mana,tahan lama dan mudah didapati.sekiranya anda terlalu sibuk sehinggakan tidak sempat untuk makan oren,anda boleh minum oren dalam bentuk jus setiap pagi.


telur
~~~~
telur adalah antara sumber vitamin D-nutrient yang penting untuk perkembangan sistem tulang anak anda dan untuk keperluan tulang anda.selain daripada itu ,telur juga sumber penting protien harian anda.pilihlah telur yang diperkayakan dengan DHA untuk membekalkan badan anda dan anak anda dengan essential fatty acid.hidangkan telur secara omelet atau scrambled atau half boiled setiap pagi semasa sarapan.pastinya menyelerakan.

roti whole-wheat
~~~~~~~~~~~~
folic acid penting untuk perkembangan sistem saraf anak anda semasa awal kehamilan.kepentingannya tidak berhenti semasa hamil shj.bayi anda memerlukan acid folid daripada susu badan anda untuk pertumbuhann yang sihat.juga untuk anda menggantikan acid folid yang hilang semasa kehamilan .roti whole grain dan past kebanyakkannya pada hari ini diperkayakan dengan nutrien ini.juga membekalkna badan anda dengan fiber dan zat besi.

sayur hijau
~~~~~~~~
kebaikkan sayur hijau tidak perlu dinyatakan di sini.cuma sebagai peringatan kepada ibu yang kurang gemarkan sayur bahawa sayur hijau mengandungi vitamin A yang sangat diperlukan bayi anda.sayur hijau juga adalah sumber calsium non-dairy,juga mengandungi vitamin c dan zat besi.selain daripada itu sayur hijau juga sumber anti-oksida yang baik untuk jantung dan rendah kalori.pelbagaikan sumber sayur hijau anda supaya anda tidak jemu memakan bayam atau kangkung  atau sawi setiap hari .


whole-grain cereal atau bijiran gandum
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
amalkan sarapan pagi dengan whole-grain untuk meningkatkan kembali tenaga anda selepas semalaman tidak cukup tidur melayan karenah anak.cereal pada hari ini kebanyakkannya sudah diperkayakan dengan essential vitamins dan juga nutirens untuk keperluan harian anda.hidangkan cereal anda dengan skimmed milk dan blueberries,pastinya pagi-pagi anda akan lebih bertenaga.

air
~~~
dehydration akan meletihkan tubuh badan anda.ibu yang menyusukan anak akan lebih terdedah kepada bahaya dehydration.pastikan tubuh anda sentiasa segar dengan air.banyakkan minum air.pelbagaikan sumber air anda dengan meminum just,susu,buah-buahan yang mengandungi banyak air dan air mineral.hati-hati dengan minuman berkafien seperti teh dan air kopi.hadkan pengambilan air berkafein kepada 2-3 cawan sehari shj atau tukar kepada decaffeinated kopi.lebih baik sekiranya anda tidak mengambil langsung minuman berkaffein.bayi anda mungkin akan mengalami masalah tidur dan mudah meragam kerana kaffien akan masuk ke dalam susu badan anda.


ehem-ehem-ehem....

Yang akhir sekali ni adalaah pilihan saya.. kalau tak habis je waktu sekolah,,,, saya yang lembik.. ~~


  • ESP
  • B COMPLEX
  • VITALEA
  • ALFALFA
  • OMEGA
  • PERFORMANCE DRINK
happyyy breast feeding! ~~~




Bagi sebarang pertanyaan dan pembelian sila hubungi

Radhiah Mohd Dom
sms/Wapps 0177121392
mrsradhiahshaklee@gmail.com
COD : MUAR - KULAIJAYA (BANDAR PUTRA) -TAMPOI JB

0 comments:

Post a Comment